Wednesday, 24 August 2016

BUKIT ANTARABANGSA, MELAKA


TARIKH PEMASANGAN : JUN 2016
LOKASI : AYER KEROH, MELAKA
OWNER : EN. OSMAN & PN. AZUE

Salam & Selamat Sejahtera,

Hari ini, saya akan share berkenaan projek HNE di Melaka yang terletak di Bukit Antarabangsa, Melaka. 


Owner memilih material Kayu Melamine untuk bahagian kabinet dapur. Fungsi kabinet dapur pada bahagian sini untuk simpanan barang dapur yang kering. Pintu yang ada 'grill' adalah tempat penyimpanan lauk-pauk anda. 


Design pada bahagian sini adalah berbentuk L-Shaped. Di sebelah kiri tempat mencuci dan di bahagian kanan adalah tempat memasak. Kabinet dapur ini mempunyai concrete table top berwarna putih dan menggunakan jubin bersaiz 2x2.


Di sini HNE menyediakan TTU 24". Untuk pengetahuan anda, fungsi TTU adalah untuk anda yang di rumah mempunyai built-in oven / microwave. Jadi, amat sesuai jika anda memilih kabinet dapur TTU 24" agar tampak lebih tersusun perkakas elektrik anda.


Secara keseluruhan, owner memilih tema warna Putih sebagai warna utama pada bahagian dapur.


Ini adalah bahagian 'Dry Kitchen'. Owner memilih Meja Bar pada bahagian L-Shaped. Sesuai bagi anda yang meminati konsep ala-ala Inggeris. Tambahan pula, rumah owner ini berkonsep Inggeris & Modern maka amat sesuai Meja Bar diwujudkan. 


Ini antara Wardrobe Melamine. HNE memilih Meja Make-Up pada sudut sebelah kanan.


Keseluruhan panjang Wardrobe Melamine di Master Bedroom ini adalah antara 9-10 kaki dan disertakan dengan Meja Make-Up. Untuk pengetahuan anda, Wardrobe HNE adalah FULL HEIGHT (sehingga ceiling rumah anda).

Alhamdullilah, owner sangat berpuas hati dan beliau berterima kasih kepada pihak HNE kerana pemasangan begitu jauh sehingga ke Melaka. HNE cuba memberi perkhidmatan dan bantuan kepada anda sebaik mungkin agar memberi kecantikan pada rumah anda. Itu sahaja daripada Team Hasrin Niaga Enterprise //  HNE. 

WASALAM.

No comments:

Post a Comment